Skip to content
March 21, 2011 / sayakhadijah

AEPROTEGE 3: Kali Pertama Pergi Talk Hartanah

Kali pertama pergi talk hartanah macam ni,aku excited. Aku tau pasal talk ni selepas dapat recommend dari mentor aku abangensem. Dia kata biar aku gali banyak-banyak ilmu sebelum melabur dulu.Baru mantap.Aku setuju nak join.Tempat: IYC Bandar Tun Razak

Actually AE nak bagi subsidi sikit.Fee dia rm288.Tak tahu berapa die nak bagi subsidi dari harga tu sebab aku dah tolak.Ramai yang tanya kenapa tolak,tak kurang jugak cakap aku tolak rezeki.Haha.Orang nak belanja kan.Hehe.Kalau makan kat Old Town hari tu aku ok je Brader mil ataupun AE yang belanja.Lagi aku suka.Tapi yangni tak nak lah.

Bukan takut terhutang budi.Tapi tak layak.Erm..Macam ni.Kalau mak kita dah bagi kita makan,pakai,duit secara PERCUMA setiap hari.Malu jugak nak mintak beli baju baru nak buat pergi dinner misalnya.Pasal itu kemahuan kita,bukan keperluan kita.Dengan mak ni kita layak minta keperluan asasi je.Nak lebih sepatutnya usaha sendiri.Macam tu jugak dengan AE(walaupun dia bukan bapak aku..haha!!).Dia dah bagi aku mentor guide secara percuma. Takkan aku nak terima dia bagi duit pergi talk sedangkan talk tu kemahuan aku.Tapi mungkin on the other side,ia sebagai zakat/sedekah AE kot.

Okes.Berbalik pada seminar.First impression sudah buruk.Bukan seminar tu buruk,tapi aku sebagai peserta yang perform buruk.Hehe.Aku masuk lambat pagi tu sebab sesat sampai ke masjid jamek padahal aku dah lalu federal highway.ikutkan dari highway 15min je tapi jadi satu jam sebab sesat.Dah beberapa kali salah masuk jalan.Bukan senang nak u turn di KL ni .Jauh.Dang!!

Aku dah google map sebelum pergi,siap tanya kak rohaniah lagi tu cane nak naik lrt.Tapi gatal nak pergi dengan kereta.Tu yang sesat. Satu lagi sebab aku lambat,bila aku dah keluar rumah tiba2 ada call customer cakap nak ambil barang.Dah sampai depan rumah aku katanya.Huu~kena patah balik.Tapi tak apa.Dapat duit untuk tampung minyak nanti.hehe.

2 hari kat sana aku tak rasa bosan.Pengisian best,makanan best,surau best.Aku rasa menyesal pulak datang lambat.Student yang selalu ponteng class macam aku ni,boleh rasa menyesal pergi lambat ke seminar ni.Nak tau kenapa,aku share dalam post seterusnya 🙂

May 4, 2011 / sayakhadijah

Aku Baru Sedar Umurku Bukan 23

Tahun lepas aku ada meletakkan target nak beli rumah pada umur 23. Jadi habislah semua orang yang bertanya umur aku cakap 23.Termasuklah AE sendiri.haiss

Aku pernah tanya umur AE berapa masa dia beli rumah pertama.Dia cakap 23. Aku siap jawab,

Wah.umur saya sekarang pun 23 tahun.”

tapi dalam hati,aku terbakar. Kalau mentor boleh beli rumah waktu umur 23.takkan protegenya 24 baru nak beli.

Waktu pergi talk hartanah Victor hari tu pun,ada orang bertanya umurku berapa.Cam biasa aku jawab 23 tahun.

“Wah.Muda-muda lagi dah pergi talk macam ni”.

er.Tak boleh bangga ni.Kalau AE umur camni bukan takat pergi talk.Beli rumah dah pun dia.

————————————————–

Ada suatu hari birthday kawan aku yang lagi tua setahun.Dia menyambut hari lahir yang ke 23.Dari situ tahulah aku bahawa aku masih 22.

Yay.Another 1 year to catch up my boss!!

March 18, 2011 / sayakhadijah

Aku Rasa Nak Ikut Jejak Abangensem Mula Hartanah

Yes.Aku noob dan newbies dalam bidang hartanah.

Dulu-dulu masa sekolah  menengah dan tahun2 awal pengajian di universiti, aku selalu dok nampak hartanah ni bidang yang sangat besar dan berat untuk aku buat.Aku dok bayang jutawan je boleh buat hartanah ni.Takpun orang cina.Hehe

Aku dok perhati kan,AE ni rumah dia banyak di Shah Alam. Jadi aku buat theory sendiri.

  • Dia graduan UITM Shah Alam
  • Dia menetap di Shah Alam

Senang cerita dia dah mahir area situ.Kalau dia nak sewakan rumah untuk student pun, dia dah tau apa yang diperlukan oleh student cam transport apa yang boleh guna nak pergi kampus.

Berbalik pada situasi aku, pada awalnya aku memang berhajat nak cari rumah di area universiti aku ni.Tapi series memang sini padat,density tinggi.Susah untuk cari rumah kosong.Jarang orang ada nak jual.Strategik habess kawasan ni.Ha.Boleh teka tak u mana aku belajar.hikhik

Ada juga terfikir kalau nak cuba-cuba di kawasan lain.Tapi fikir-fikir balik,biarlah dulu.Kalau nak cepat-cepat pun tak guna kalau tak plan betul2.

Apa-apa pun baik aku cari ilmu lebih sikit dari talk akak rohaniah noor esok..Err..camne nak pergi sana naik public transport eh?Aku ada kereta tapi tak ada lesen.Hehehe

 

 

March 16, 2011 / sayakhadijah

Rumah Baru 1:Malam Pertama

Malam pertama.Hurm..tajuk eksyen habes!!haha.

Aku pindah ke rumah area pantai hillpark.Aku ambil bilik belakang,satu rumah 4 orang sahaja pasal rumah 2 bilik.Masuk semalam.Kos yang habis.

  • Lori : rm80 RM60 (diskaun dekat katanya)
  • Petrol Viva: RM20
  • Cleaner Angkat Barang: RM20

TOTAL=RM100

Yes.Aku memang selalu mencatat perbelanjaan aku.(kalau tak dalam buku,dalam otak).Tak tau nak kata kedekut ke apa,tapi memang habit.Weyh.aku bukan kedekut!!Haha

Saat aku menulis ni,terasa bahang matahari dari bumbung rumah ni.Atap dia dari asbestos dan dia bukak ruang kecil dari atas.Huh!Memang panas.Itu salah satu benda yang buat aku tak selesa.

Keselesaan itu penting kalau nak cari rumah sama ada menyewa atau beli terus nak duduk.Lagi-lagi la orang yang macam aku yang menjalankan home-based bussiness.Rumah dah jadi macam ofis(SOHO).Jadi kalau tak selesa memang sadis la nak buat kerja.Hilang feel terus tu.

Pertama kali bermalam di rumah baru,tiba-tiba terdengar sura lelaki tengah bersembang.Macam dekat aja suara,mana tak gabra.Ingatkan pekerja yang dok renovate rumah owner aku di sebelah.Tapi bila aku dengar betul2 diorang sembang pasal cell manusia,biology bagai.Tahulah aku ada orang menghuni sebelah bilik aku.Lelaki pelajar.

Macam cerita masam manis kakak aku kata.haha.Lepas ni nak sembang pun kena cakap slow2 lah.Ada lubang yang menghubungkan bilik kami.Walupun lubang tu kat atas,tapi kalau orang nak mengintai tu lepas jugak aku rasa.Rumah kami lain pintu,lain dapur lain toilet.Aku rasa owner rumah ni buat rumah kitorang bersambung dan siap buat lubang.Tu yang rasa.Malu jugak perempuan cam aku ni.

Lelaki ni kalau study memang gelak besar-besar.Ouh,aku yang penat-penat nak tidur memang tak lelap.Bilik sebelah-sebelah je.Susah la jugak.Tapi at last tertido.Penat bhai~

Malam pertama di rumah baru,ada 2 benda tak best aku jumpa.First,ada penghuni di bilik sebelah..Second,bumbung yang terbukak dan sangat terik.

Tiba-tiba rasa nak pindah..tapi pikir kos rm100 yang kat atas tu serba salah la pulak.uhuk uhuk.

March 10, 2011 / sayakhadijah

Dapat Customer DSLR Yang Pandai Hartanah

Sejak AE(abangensem.com) promote facebook dslr store aku dalam blognya, mencurah-curah orang yang like.Segan aku dengan AE.Dahla jadi mentor free,siap tolong promote bisnes aku lagi.Jadi lepas ni aku rasa nak promote blog AE la pulak.

Tapi aku jadi serba salah.Sebenarnya aku ni pemalu orangnya, malu kalau berada di tengah-tengah orang then orang kenal.Sejak dari sekolah lagi,aku suka jadi minoriti uh.Orang suka duduk2 dengan cikgu tolong cikgu angkat buku,tapi aku lagi suka jumpa cikgu kat luar sekolah dan tolong dia angkat barang2 yang dia beli dari kedai misalnya. Itu kalau terserempak lah.

Berbalik pada cerita customer yang pandai hartanah tu.Dia datang naik persona,gear(gadget) dia canon 60d dslr.Mahal tuh,bukan orang biasa punya maen.Dia datang agak aneh,bagi duit dulu baru nak tengok barang.Aku pun tak banyak cakap,ambik duit tunjuk barang.Dia tanya serba sikit,aku jawab setakat yang aku tau.Remember,im not a photographer.Ilmu aku setakat dapat dari internet,youtube dan pengalaman customer datang test barang. Aku tak ada dslr untuk di test.Budget tight.

” Saya tau bisnes kak long ni dari abangensem.com”. fuh..terkezut!oh ya.die panggil aku kaklong.nama yang die letak sendiri2..hehe

Jadilah sembang pasal hartanah lepas tu.Tengok ke gaya, dia dah ada beberapa biji rumah yang dia sewa.Orang pun muda belia lagi.Muda sikit dari AE kot.hehe.Dia beli rumah2 tu bawah market price. Hebat sungguh.Dia ada pesan,buat sendiri tanpa agent kalau boleh,study betul2 hartanah sebelum membeli,jangan limitkan skop hartanah kita.Ye la,aku kan aim nak beli yang area UM ni saja.Berbaloi lah sembang lama2 dengan dia.Banyak input brader ni bagi kat aku.

Alhamdulillah.Semoga perjalanan aku selepas ini,lebih mudah dengan adanya orang2 sekeliling yang banyak membantu.Sebelum balik,sempat lagi dia berpesan,hartanah-hartanah jugak,tapi pelajaran jangan lupa.

Baik BOSS!!!

 

March 9, 2011 / sayakhadijah

Kena Saman Parking KL Central, Melayang RM50

Haiiss.Ini semua terjadi masa beli tiket ktm kat KL Central pagi tadi.Aku park viva hitam kat parking atas kLcentral.Macam biasa,aku pergi dengan kakak angkat merangkap PA,merangkap housemate,merangkap secretary aku.Wahh..Hebatkan banyak posisi dia.Tapi gaji aku bagi seciput.hehe

Dari semalam teringin Mc D.Hari ni ingat nak beli terus lah lepas beli tiket.Parking Klcentral ini amatlah bengong sekali.Ini diakui oleh orang yg clamp kereta aku.Macam ni,bila kita naek tingkat 4, kalau parking penuh kita kena naek lagi atas.Ada dua jalan,ke kiri untuk proceed ke tingkat 5,ke kanan untuk ke tingkat3. Aku tersalah masuk jalan jadi ke tingkat 3.Parking penuh.Then decide nak keluar/cari parking di tingkat seterusnya.Apa punya bangang parking ni,once kamu dah masuk tingkat3,ada 2 option sahaja.Sama ada park jugak,atau keluar bangunan terus.Tapi kena masuk KL central pergi bayar rm4 dulu kalau nak keluar.

Jadi,bila nampak ade satu park kosong OKU,aku parking la kat situ.Takkan nak dok tengah2 jalan kot.Kalau nak keluar turun bangunan pun kite still kena park kter pergi bayar dulu.Pukul12 dia datang clamp,aku tengok masa kat slip tu la.Aku tak banyak cakap,call and pergi bayar.

Masuk pondok polis,nampak 2 brader tengah kautim denda.Polis sini tak makan kautim.Kalau rm50,rm50 lah.Penat air liur je kautim2 ni. Konfem tak bagi.Teringat aku entri satu blog ni tentang bagaimana saman dijadikan industri untuk memungut duit dari rakyat macam kita.RM50 ni  bukan sikit tau.Setle bayar.

Then nak keluar,cucuk kad,tak lepas.huh..tadi dah bayar rm4 waktu nak keluar.Aku syak sebab lepas bayar rm4 tu ambil masa yang lama settle saman.Jadi die reset balik,kena tambah rm4 lagi.

So,perjalanan aku beli tiket rm46 hari ni berjumlah:

saman clamp(rm50)+park(rm4)+park menipu orang(rm4)+makan mcD(rm15)+tiket (rm46) = TOTAL RM119

Kalau naik lrt,RM60 sahaja.Gila cut cost.Betul la orang kata,bila dah ada kereta ni jadi malas nak naek lrt.CISS!!

Sampai rumah customer call nak beli barang.Untungnya sama dengan harga saman lebih kurang.Walaupun camtu,aku tetap tak puas hati.Bukan tak puas hati dengan polis tu.Tak puas hati dengan diri yang tak prepare betul-betul.Aku kalau dah kehilangan wang,aku mesti cuba sedaya upaya biar dapat balik wang tu dengan cara lain.Since aku kena clamp ni disebabkan kereta viva ni.Jadi bulan ni aku nak pulun biar sewa kereta aku nilah yang bagi balik pulangan pada aku.

 

next time aku nak ready siap2 stiker OKU dalam kereta.Kalau terperangkap parking macam tadi,boleh settle.Trik ni aku tau bila sembang dengan polis kat situ.Lepas ni nak jual stiker OKU pulak ah..hehe

March 8, 2011 / sayakhadijah

Rumah Baru di Pantai Hillpark

Tadi selesai settle deposit rm300 untuk cop rumah di pantai hillpark.Sebenarnya rumah tu sebelah dengan pantai hillpark.Rumah teres satu tingkat.Tapi aku rasa macam tak de nama kot rumah tu,pasal owner die buat rumah sebijik terus.Kalau sebelah dia namanya Taman Desa Kerinchi,Pantai Permai,Pantai Hillpark tapi yang ni tak ada nama ouh.

Aku memang dari dulu mengidam duduk rumah teres.Taknak dah dok apartment/flat.Since aku bakal dihalau 15hb Mac ni,kira buat keputusan tadi memang terburu-buru.Memang susah nak cari rumah kosong tengah bulan camni.Macam-macam dah pujuk rayu kitorang bagi kat owner,even nak panjangkan 15 hari pun dia tak bagi.Dari situ,aku belajar tentang dunia sebenar.Bukan semua Datin itu bertimbang rasa dan bermurah hati.Aku rayu nak mintak panjangkan tempoh pun selepas nasihat sorang auntie chinese ni.Aiyyooo,cina pun boleh timbang rasa dengan Melayu.Ni pulak Datin Melayu terbalik.isy..

Walau apa pun rumah ni bersih dan selesa.Kecuali satu perkara..Sempit

Rumah tu ada 2bilik sahaja.Yang menariknya pasal rumah ni,owner die berjiran sahaja.Macam ni,rumah owner ada di tengah.Ada ruang sikit die sebelah rumah,owner buat rumah kecil untuk disewa.Kira menarik jugakla idea usahawan owner ni..

Parking no problem,tak payah sticker pasal rumah atas tanah kan.hehe.Kedai makan pun dekat dan yang paling penting tempat aku nak jumpa customer yang datang nak beli barang kamera dslr nanti.Aku rasa strategik jugakla tempat tu.Menyesal pulak tak tangkap gambar tadi..hiihi

Yang lain aku ok tapi sempit tu paling tak tahan.Iye la,kalau aku dengan badan je masuk bilik takpe.Mana mau letak barang berniaga kamera aku nanti.Kalau satu rumah tu rm600 pun konfem aku sanggup sewa.Ruang punya pasal.

Satu lagi,aku rasa macam downgrade rumah saja.Dari apartment kepada teres dua bilik yang sempit.Bukan berlagak tapi keperluan tu tak lepas.hoo~

Hujung minggu ni aku mau balik kampung naik viva aku tu.Aku tak ada lesen,tapi ada kereta.Sebab nak sewakan untuk budak u.Nasib baik Khamis ni ada orang nak sewa kereta.Kira boleh tampung hujung minggu ni punya la.Baju dan barang-barang akan dibawa balik kampung sikit sebab nak save space rumah baru.

Lepas ni,nak pikir macam mana nak buat dengan mesin basuh,peti ais,dapur,tv sekarang.Semua barang tu aku beli sendiri waktu awal2 dok rumah sekarang ni.Em,nak jual pun sayang.Tambah2 peti ais tu.Sejuk semacam!!

Hillpark,here I come!!

 

 

March 7, 2011 / sayakhadijah

AEPROTEGE 2:Menulis Email Apply Jadi Protege Abang Ensem

Berkobar-kobar aku nak tulis email nak apply jadi protege abangensem ni.Err.Nak bahasakan diri dia apa eh.Abangensem ke?huu~Nak mula tulis pun aku dah blur..haiss.Last2 aku google apa nama sebenar die,keluarlah En Meor.Macam orang Johor namanya.

aku mula jugak menulis,kalau tak mula sampai bila nak habis.

Mengarang punya panjang,apa yang aku tulis aku let go cam tu je writing.Aku cerita yang benar2 sahaja.Aku tak berapa nak pandai membodek ayat.Kalau karangan upsr ada skema jawapan,mesti point aku tak ngam punya macam yang cikgu nak. Tapi dulu,teacher aku pernah cakap,masuk u nanti awak kena jadi yang lain dari orang baru menyerlah,orang nampak.Nak jadi ultraman je rasa.baru orang nampak.hehe

Aku percaya salah satu cara nak jadi lain tu senjatanya ada dalam diri kita.Setiap kita adalah berlainan,berlainan pengalaman, hati,tujuan hidup,hala tuju dan macam-macamlah. Jadi,aku keluarkan pengalaman,cerita aku sebagai jawapan kenapa nak jadi protege.Lainlah sikit cerita aku.Hope cara aku menjadi.hii.

“Aku nak urus harta rumah sewa pusaka arwah ayah aku.Aku nak belajar beli rumah.Aku dah malas keluarkan duit bayar sewa walaupun aku bolehlah dikatakan penyewa yang baik.Tak missed bayar sewa. Aku boleh bayar downpayment rumah kos rendah.Aku cepat belajar benda baru..”—-itulah antara point2 aku.

In short,aku mula dengan bagi cerita.Dan aku bagi masalah. Penyelesaian dia adalah jika dapat jadi protege baru jumpa. Then aku fikir apa sebab yang boleh buat AE(abangensem) tolak aku jadi protege,dari sebab2 tu aku cari solution. Contohnya, since aku student aku cari kekurangan untuk student beli rumah adalah modal.Jadi aku highlite kan aku ada modal sebab aku ada bisnes kecil-kecilan.Aku memang zero langsung dalam hartanah.Jadi aku confess awal2 pada AE tapi aku cakap aku cepat belajar dan aku bagi la bukti aku cepat belajar tu.

Macam tu la lebih kurang,isi kandungan email tu.Lama jugak aku mengarang.Mau sejam time tu.Belum masuk,dok baca ulang ulang kali.Puas hati,aku tekan butang send!

Seterusnya,menunggu inbox dengan hati berdebar

March 7, 2011 / sayakhadijah

AEPROTEGE 1:Menjadi Protege abangensem.com

Wow!!Macam tu lah feel bila dapat tau aku terpilih jadi finalis protege abangensem.com, seorang jutawan(aku rasa) yang memiliki 14 buah rumah di Malaysia.Tapi bukan bermaksud ada banyak2 buah lagi di negara orang.Bertuah kan aku!Alhamdulillah,rezeki..

Nak jadi protege abangensem ni ada step2 dia.Jadi boleh jugak aku kongsi kat sini,so nanti korang guna lah cara yang sama untuk jadi protege sapa-sapa.Mana tau menjadi kan?haha.

Jadi,macam mana boleh terpilih:

Mula-mula,aku tengah google pasal hartanah.Aku kalau bosan memang menggoogle saja.So sebab SEO abagensem.com hebat(mana taknya,ariffshah yang buat..hehe) termasuklah aku dalam blog dia.1st impression,nice blog dan bersahaja.Aku tengok ke gaya,penulisnya macam tak kedekut ilmu.Cerita dia real.

Aku ada nampak offer untuk menjadi protege beliau.Aku sebenarnya ada target,tahun 2011 nak masuk bidang hartanah.Jadi ngam dengan target, aku apply.Cara dia email biodata dan kenapa anda nak belajar hartanah atau lebih tepat nak jadi protege abangensem.

Cross window abangensem.com,bukak gmail.com.Nak bagi email la waktu tu.Hehe.Dapat ke tak aku tak tau,tabi cuba saja la.Nanti aku karang apa yang aku tulis dalam email ‘kenapa nak jadi protege abang ensem’,dalam post seterusnya.